Thursday, May 5, 2011

untuk wuduq yg lebih diberkati

arini nak share emel dari miss elly lagi sekali.. hee

pasal wuduq.. bacaan dalam wuduq, utk setiap anggota kita.. saya pernah terbaca dulu2. so sy amalkan la niat2 @ doa dlm ati time wuduq, tapi selalu ikut suke je..
so, dibwh ni.. utk doa yg lebih proper dan tersusun dan juga akan buatkan kita lebih yakin apabila berwuduq utk menghadap ILahi terutamanya.. insyAllah


DOA WUDUK


Tahukah teman-teman, salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil
wudhuk. berikut adalah cara-cara mengambil wudhuk yang sempurna dengan
wudhuk yang sempurna insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam
sembahyang.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,
ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,
putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya
Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya
Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
Lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya
Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat
maksiat".

Penjelasannya :
1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang
dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernahkah kita
terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa ?. Pernahkah kita
terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam ?.
Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu. Hantar e-mail ni kat rakan-rakan yang
lain. Insya Allah dapat pahala berdakwah.



yang atas td semua dipetik dari emel ..
ada lagi nak share .. doa sesudah berwuduk. dulu time form 3, bukan main hafal sebab nak lulus kafa ( tau x kafa tu apa?) kan ada time subjek agama islam, kita kena hafal dan practice kafa atau lebih dikenali sebagai panduan fardhu Ain ... asas2 dalam agama Islam., ingat x? aduh.. kalo sape yg x ingat langsung, nmpk sgt x practice da after that.. uish,.. mintak simpang ok.. kita kan orang Islam.. selamat mengamalkan cara hidup Islam.. =)..

ok ni doa nya :

Maksud doa:
Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya. Ya Allah jadikanlah daku daripada golongan yang bertaubat, jadikanlah daku daripada golongan yang bersih, jadikanlah daku daripada golongan hamba Engkau yang soleh


**p/s : sejujurnya, saya pon hafal yg 2 baris atas doa ni . ish3.. terasa hina sungguh diri ini... insyAllah.. nak amalkan balik doa penuh dari sekarang.. Amin..

Jom ye kita sama buat .=)

No comments:

Post a Comment