Tuesday, March 29, 2011

Gelisah kerana Hutang??


erm.... dasat kan tajuk ni??.. saya takut betul la kalo dengar perkataan "LOAN" .. apa lagi "LOAN SHARK".. ( betul ke eja dia gitu?).

sekarang nak cte pasal hutang .. almaklumlah.. da nak abis belaja, kene pk hutang pulak.. sebb lepas ni da start keje ( nak keje ape pn xtao g).. dah kena pk 1st thing in my mind adalh bayar hutang PTPTN + YPJ.. ada org kata hutang belajar = investment for the future..
hopefully la kan... tapi, siapa bleh predict future kan, so Usaha + Tawakal je la pada Allah.. semuanya berjalan lancar...

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
" Berhati- hatilah dalam berhutang,
sesungguhnya berhutang itu suatu kesedihan pada malam hari
dan kerendahan diri pada siang hari
" ( Musykil al-Athar li al- Tahawi : Solusi, ed 20 )


So, sape yg nak bila nak tido malam je asek pk pasal hutang x settle2 or kalo org yg pnjm AHLONG tu , lagi la gelisah , anytime je enLONGah tu dtg bawak parang tetak dia anak beranak??. Nauzubillah~. mntk jaoh la.. mati katak gitu je... x sempat TOBAT.. da la berhutang dgn AHLONG tu sah2 la RIBA dalam islam.. apa yg kita makan bg kat anak cucu kita tu pon jadi haram sebab sumber nye da HARAM...

kalo nak cte bab sumber rezei HALAL dgn HARAM ni.. mmg saya x pakar.. tapi saya berkongsi je apa yg patot.. sape yg berminat nak tao lebih lanjut ttg SUMBER Rezeki /Perniagaan dalam islam and etc, ley la cari dlm website (www.zaharuddin.net) ...InsyaAllah, apa yang dicari akan ketemu.. ..

ok.. rasa cam kene stop sebelum pnjg lagi merepek..
so, bfr tu, nak share satu cerita dipetik dari SOLUSI edisi 20, page 72 :

Abu Sa`ad al-Khudri meriwayatkan pada suatu hari sewaktu Rasulullah s.a.w. memasuki masjid, didapati ada seorang lelaki Ansar yang digelar Abu Umamah.

Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya: " wahai Abu Umamah, aku tidak melihat engkau berada di masjid melainkan pada waktu solat. Beliau menjawab: " Aku bimbang memikirkan hutangku, ya Rasulullah."

Rasulullah kemudian bertanya: " mahukah Aku ajarkan kepadamu satu doa yang jika kamu amalkan maka Allah akan menghilangkan kebimbanganmu dan membantu melunaskan hutangmu?"

Ia menjawab: " sudah tentu ya Rasulullah!"

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "pada waktu pagi dan petang, bacalah ....




Maksudnya: " Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dirundung sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kikir. Aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan penindasan orang." (Riwayat Abu Daud no. 1557)

Doa ini turut dimuatkan di dalam al-Ma`thurat

.. p/s : jangan berkira apabila beribadah pada Allah s.w.t,kerana kita x pernah tahu apa yang Allah SWT da tetapkan utk kita .. YAKIN dan SABAR dengan segala dugaan NYA.. insyAllah, hilanglah gelisah hutang dan masalah2 len, dan Allah SWT akan tnjukkan jalan dan permudahkan jalan utk kita... INSYA-ALLAH..

No comments:

Post a Comment