Saturday, May 21, 2011

berita penting

kan saya ada bgtau pasal kene buat kek untuk kenduri kan..
Alhamdulillah, semalam akak sulung saya balik dari KL, bawak sekotak Kek coklat Moist yg berkali-kali ganda sedap dari kek coklat sy buat mlm semalam..

so, selamat la sy, xyah buat kek lagi.. and kek akak sya tu akan dihidangkan pada tetamu, manakala kek saya yg ala2 kadar tu,buat makan2 sesiapa saja,...

dan utk pengetahuan semua, saya sangat suka makan KEK ok!!.. no wonder saya penuh dgn lemak2 kek didalam badan ni .huhuhu~

Thanks Allah, kerana memberi ku rasa lagi nikmat kesedapan makanan2 MU... =)

:: Something Nice To Share With ::: bila rezeki Allah nak bagi

:: Something Nice To Share With ::: bila rezeki Allah nak bagi

bila rezeki Allah nak bagi

Alhamdulillah ..setakat ni adalah 20 gak tempat yg sy send resume saya, sejak dari awal bulan ni.. bila da abes belaja je lastweek, rasa cam down cikit coz xdapat col mane2 pon utk intebiu.. adakah sbb sy xde experience ( except my internship + part time ) ... or me as overqualified ? ( perasaan).. hee

but then,pesan kat dr sendri, sabar lah, bila rezeki Allah nak bg, x tentu masa dia, tempat dia kan... kitakan merancang.. apapon Kuasa ALLAH SWT yang paling besar tu yg akan menentukan..

so, to be positive ,this is my opportunity to serve my parents ... kebetulan , mereka adalah buat kenduri kecil -kecilan sempena kesyukuran dan tahlil arwah.. ( dah lama pon rumah mereka ni x buat kenduri ,so tau sgt perasaan mereka yg sgt suke buat kenduri , sbb inilah cara mereka menyedahkan harta benda mereka.. ) semoga kenduri pada esok hari akan diberkati Allah.. insyAllah.. panjang lak cte kenduri, sebenarnya, nak bagitau, ni lah masa utk berbakti pada mak abah saya.. =) ..

mereka akan berangkat ke tanah suci, insyAllah pada 24.May 2011 (mcm ada sesuatu yg penting jugak date ni.. emmm).. dan semoga Allah selamatkan dan berkati perjalanan mereka disana.. Amin..ini kali ketiga mereka ke umrah, kalau x salah saya lah.. rezeki Allah nak bagi kat mak abah sy... ni lah yg dikatakan rezeki bila Allah nak bagi, mudah je semuanya, cuma kita kena beringat lah,jangan terlalu gembira dgn nikmat yg diberi.. bukan apa, cuma takut takkabur muncul dihati. semoga dijauhi..

suddenly, saya dapat 2 call, satu hari selasa mgu ni, utk intebiu pada 26. May 2011 kat USJ1,pukul 10 am, tapi dia kata kalau saya x dapat dtg or nak tukar tarikh boleh bgtau dia, coz again , dapat call lagi utk intebiu, baru dapat semalam (kHamis), pada 26 May jugak.. 1030am, kat Shah Alam..huhu.. masa ni terus terlintas dalam fikiran utk ISTIKHARAH..tapi bila pk balik, kan boley arrange yg 1st tu, so, saya akan cuba utk arrange kan dulu,nak istikharah pon, belom konfem dapat , baik solat HAJAT, mintak dipermudahkan.. insyAllah..
dan kebetulan masa intebiu ni sume, parents saya xde, so, kereta abah saya akan digunapakai utk berbakti pada diri saya sendri...=)

Lagi satu, tadi kawan sy call, ajak pei intebiu, ( Walk-in) kt UUM caw KL. utk parttime TUTOR.. well, x salah mencuba kan, cuma intebiu tu pada 25 May 2011 , dihari saya sudah berjanji pada adik saya yg montel utk pos motor dan angkat brg2 sy di shah alam then hantar dia dan barang2 itu ke Tg Malim... erm.... utk yg ni, nant sy ikhtiarkan yg laen..

Terima Kasih ya Allah, bila kau beriku rezeki tanpa disangka, cuma ku tahu kau mahu hamba MU ini lebih berusaha utk mencapai cita-cita dalam hidup yg singkat ini.. dan aku tahu, Kau mahu hamba MU ini selalu beringat tentang pinjaman mu yg sementara di dunia ini... dan Kau mahu hamba MU lebih mengenali diri sendiri semoga segala kebaikan dapat ditingkatkan dan keburukan dapat diubah ...Terima Kasih ya Allah, yang Maha Mengetahui dan Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang..


nak share jugak : 20 Amalan Murah Rezeki ( InsyaAllah) - Click Here

Friday, May 20, 2011

kek coklat untuk kenduri

ok, saya diarah kan oleh mak saya utk membuat dua ketul kek coklat .. erk, "ketul" .betul ke bahasa penjondoh bilangan yg saya gunakan ni? cikgu BM tolong betulkan, serius , saya lupe .. uhu..

ok, back to the kek coklat :

cite nye camni, kek tu resepi kakak saya yg kedua (anak kesyan mak), tapi dia x dpt balik kenduri mgu ni, so, agknye mak rindu dia, so, saya yang sgt rajin ( perasan sendri) pon kena lah buat kek utk dihidangkan kepada para tetamu ... insyAllah..
so, mlm ni, baru je siap satu kek..
disebabkan KOKO x cukup, esok mak kate buat lagi. erk~. ingatkan da xyah buat da, sebab mak da siap tempah kek jugak. hoho..

rupe dia hodoh la ( baru lepas angkat kuarkan dari oven). tapi harap2 rasa dia x sehodoh rupe.. nak amik gmba pon segan kot tayang kat dunia.. nant kalo orang puteh tgk kek coklat saya, derong gelak je, kek orang melayu hodoh.uhuh..

sekarang da nantok sgt.. ( ari2 pon kene wat keje baru ley tdo) .. betul2 duk umah , berbakti pada orang tua ku .. huhu .. selagi mereka masih ada kan..

Alhamdulillah , Allah masih beri kesempatan pada saya nak berbakti pada mereka , walaupon bnyk dah sakitkan n susakan ati mereka.. ( skrg ni pon dalam dilema lagii). huuu


nantok lagi..

lagi dan nantok...

dan tetiba tertengok luka dijari kelingkingku... dan tetiba teringat pada seseorang dan sesuatu... angin, smpaikan salam rinduku buat sidia ....

Wednesday, May 18, 2011

perjalanan yang masih panjang

ok , saya baru balik berjalan yang saya rasa 0.000001% perjalanan dalam idup saya.. erk~

sebenarnya baru balik tanjung malim -shah alam- Muar...

Tg.malim - hantar adik saya
Shah Alam - angkat barang2 saya ( banyak betul barang, penuh trus umah kat muo ni,,,,,nak kemas letih, sape2 ada x voluteer nak tolong saya kemas bilik and barang2?))

kalo kemas barang sendri mmg semua barang pon sayang nak buang, so, harap sgt ada orang len tolong kemas barang saya ..heeee


s
a
y
a

R
*
*
*
U

Tuesday, May 17, 2011

saya terpesona dengan sajak ini

Sajak Aminah Qutbi Buat Bakal Suami

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,

Tetapi sekiranaya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,

Tetapi, sekiranya
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-MU kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya kerana-MU,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-MU.

Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Kau berikan kepadaku.


Aminah Qutb ; merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.


ya, saya terpesona dgn sajak ini.. saya terbaca satu buku bertajuk
"PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH & RASUL" written by : Fatimah Syarha Mohd Noordin


dan saya terjumpa bnyk sgt2 ilmu yang amat berguna, utk diri yg selalu lalai dan lupa pada Allah.. hanya kerana cinta pada makhluk-Nya... Ya Allah..hambaMu benar2 memohon keampunan dari-Mu..
susah kan bila kita nekad untuk berubah kepada kebaikan, selagi Allah sayang kita, kita buat jahat je kita ingat Allah, cepat2 istigfar.. cepat2 bertaubat.. tapi pastu, bila lalai dengan dugaan duniwai .... kita buat balik... jangan smpai kejahtan sebati dgn diri kamu tau.... ( utk peringatan diriku dan kawan2 sekalian)..

Bila kejahatan mula sebati dgn darah daging kamu,dan mula lupa pada nikmat Allah, tanpa kamu sedari semua yang kamu ingini Allah berikan, sehingga kamu rasakan semua nikmat didunia ni milik kamu, tapi rasa masih belum puas, dan hati semakin tamak dan tatkala itu ketenangan bukan milik kamu...
Akhirat balasan yang pasti akan menanti..


Saya bersyukur bila diberi ujian dalam kesusahan, kerana ujian kesenangan lagi berat rasanya ...

Sajak diatas buat lelaki yang bakal bergelar suami ku...

Sesungguhnya aku memohon petunjuk dari-Mu ya Allah , dalam memilih soal jodoh ku yang pastinya berkaitan dengan Akhirat ku....

next entry saya share lagi apa dalam buku tu ye.. sangat menarik.. rugi x baca.
dan sangat berguna pada gadis2, wanita2 yang selalu dalam dilema mencari jodoh, menjaga hati suami atau yg dalam dilema diganggu perasaan lelaki...
sesungguhnya Allah ada jalan yang sebaik2nya untuk kita.. cuma kita perlu berusaha kejalan itu.. dengan hati yang kuat dipenuhi iman...
insyAllah, segalanya dipermudahkan..

Amin ya Rabbal Alamin..

Thursday, May 5, 2011

untuk wuduq yg lebih diberkati

arini nak share emel dari miss elly lagi sekali.. hee

pasal wuduq.. bacaan dalam wuduq, utk setiap anggota kita.. saya pernah terbaca dulu2. so sy amalkan la niat2 @ doa dlm ati time wuduq, tapi selalu ikut suke je..
so, dibwh ni.. utk doa yg lebih proper dan tersusun dan juga akan buatkan kita lebih yakin apabila berwuduq utk menghadap ILahi terutamanya.. insyAllah


DOA WUDUK


Tahukah teman-teman, salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil
wudhuk. berikut adalah cara-cara mengambil wudhuk yang sempurna dengan
wudhuk yang sempurna insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam
sembahyang.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,
ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,
putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya
Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya
Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
Lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
ampunilah dosa telinga ku ini".
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya
Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat
maksiat".

Penjelasannya :
1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang
dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernahkah kita
terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa ?. Pernahkah kita
terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam ?.
Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu. Hantar e-mail ni kat rakan-rakan yang
lain. Insya Allah dapat pahala berdakwah.



yang atas td semua dipetik dari emel ..
ada lagi nak share .. doa sesudah berwuduk. dulu time form 3, bukan main hafal sebab nak lulus kafa ( tau x kafa tu apa?) kan ada time subjek agama islam, kita kena hafal dan practice kafa atau lebih dikenali sebagai panduan fardhu Ain ... asas2 dalam agama Islam., ingat x? aduh.. kalo sape yg x ingat langsung, nmpk sgt x practice da after that.. uish,.. mintak simpang ok.. kita kan orang Islam.. selamat mengamalkan cara hidup Islam.. =)..

ok ni doa nya :

Maksud doa:
Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya. Ya Allah jadikanlah daku daripada golongan yang bertaubat, jadikanlah daku daripada golongan yang bersih, jadikanlah daku daripada golongan hamba Engkau yang soleh


**p/s : sejujurnya, saya pon hafal yg 2 baris atas doa ni . ish3.. terasa hina sungguh diri ini... insyAllah.. nak amalkan balik doa penuh dari sekarang.. Amin..

Jom ye kita sama buat .=)